Wednesday, January 9, 2013

TAHUN BARU 2013

As Salam,


          Hari ke-10 dalam tahun baru, syukur diberikan kesihatan yang baik dan juga pekerjaan untuk terus hidup. Di samping keluarga besar di sekeliling dan orang-orang yang kita sayang. Hidup lebih tenang dengan hati dan fikiran yang positif selalu, namun sebagai manusia yang serba kekurangan, kadangkala berlaku jua ombak dan badai serta duri-duri sepanjang mengayun langkah. Dengan itu, kita atasi dengan akal dan jiwa agar kembali menjadi tenang seperti sediakala.

          Azam dan tekad seringkali menerjah setiap kali tahun baru menjengah. Samaada azam itu adalah azam sebelumnya mahupun azam yang baru, komited untuk menjayakan azam tersebut perlu ada agar azam tidak tinggal menjadi angan-angan.

          Keluarga, Kerja & Kasih sayang, (3K) harus bergerak seiring. Andai salah satu daripadanya diabaikan, maka terganggu perjalanan kehidupan. Kesannya tidaklah nampak sehari dua, jangan nanti bila rambut sudah beruban dan anak-anak melangkah kaki melanjut pengajian tertinggi mahupun beralih ke fasa kehidupan baru, baru kita tersedar ada kepincangan berlaku dan sudah terlambat untuk dibaik pulih. Kasih sayang bukan hanya sesama manusia, DIA yang MAHA AGUNG yang paling utama yang perlu diberi keutamaan selain daripada segala matlamat, halatuju dan apa jua perancangan yang telah kita cipta.

          Moga kita semua beroleh segala PERKARA-PERKARA POSITIF  dan menjadi manusia yang lebih baik daripada semalam kepada semua makhluk di dunia ini. Kejar Akhirat, dunia akan mengejarmu. In Sha Allah..

[kalau boleh] : Ingin bersama mereka setiap masa..
       












Luvs, ~ayu@rshad~

No comments:

Post a Comment