Thursday, January 20, 2011

~1st Entry 2011 di penghujung Januari~

Salam semua...
Selamat Tahun Baru (kalo masih boleh diguna pakai.. kahhh) :)


Semoga kehadiran tahun baru, azam baru, sifat peribadi baru yang lebih baik daripada yang sebelumnya, penambahan orang baru dalam keluarga, (ramai my friend yang baru dapat baby).. ade yang kelengkapan rumah baru.. wahhh.. masyuk... yang penting.. kita ingin berubah daripada takuk lama kepada pembaharuan...

Kakak Farah tahun ni dah masuk kindy ~ Taska Permata Nasyrah
kalau nak diikutkan, rasa macam awal jek kakak nak p school.. tapi takpe.. pendedahan jugak untuk dia.. kesian kat dia dah 2 minggu kelas bermula x dapat2 lagi beg sekolah.. sampai terngigau2 dalam mimpi.. nak beg tarik.. sbb semua kengkawan dia pakai beg tarik... ye la.. kalau kita waktu zaman dia dulu pon.. apa yang kawan ade.. kita pon nak kan.. alhamdulillah dah 2 minggu jugak kakak pakai beg tarik princess kaler pink siap complete ngan stationery semuanya nak theme princess.. fening2!!

citer pasal sekolah plak.. kakak nak enthusiastic nak ke sekolah setiap hari.. dah ade buku untuk pembelajaran.. and the best thing, teacher akan buat 2 way communication dengan parents melalui buku aktiviti murid dengan catatan apa yang murid pelajari pada hari tersebut..

at least as a parent, kita tau la kan what happen kat school, ape yang dia belajar and so on..
lagi satu.. kat school farah belajar menggunakan sistem fonetik.. iaitu belajar suku kata.. bukan mengenal huruf.. objektifnya untuk murid2 cepat membaca dan secara tak langsung mereka akan automatically kenal huruf.. ok .. cukup la dulu pasal kakak yer..

Meh citer pasal budak tenit sorang ni pulak.. minggu pertama awal tahun zahraa dah kena demam (hi fever 38degree & above) selama seminggu dengan ketiadaan daddy yang outstation.. nasib baikla nenek dengan rela hati nak datang teman kami kat sini.. thx mak!! (kasih mak mmg tiada tandingan)

Ibu perasaan, adek ni payah nak demam, tapi sekali kene.. hambik.. sampai prolong 7 hari tu.. rupa2nya.. baik demam nak pandai bermacam2 rupanya.. bukan sesuatu! sekarang nie kan.. aduiii la.. mmg tak boleh letak kat bawah (lantai) hujung ke hujung adek tawaf! yang paling syioknya.. kalo kita tinggalkan dia kat hall.. dia dah tau mane nak cari ibu.. japgi kang nampak terkedek2 merangkak terus ke dapo.. asal hilang jek.. tau la mesti dia kat dapo.. nak cari ibu la tu! adek.. adekkk....

skang ni pulak.. bukan main lagi.. sikit2 berdiri.. mapah kat coffee table la.. kang berdiri mapah kat kusi meja makan plak la.. paling tak tahan tu.. dia berdiri kat tangga, n goyangkan pengadang nak naik tangaa.. dengan harapan bole bukak kot! bijak betul la anak ibu nie..

Zahraa suka senyum tau, tapi bila orang agah dia la.. kalo tak.. muka mmg serius giler.. hahahaha.. alhamdulillah berat badan pon semakin naik.. kalo makan nestum, kakak main2 nak amek dia punya.. habis la kakak kene jerit.. hahahaha.. syiok bila tengok mereka 2 orang bermain.. owhh jgn taktau.. adek palaing suka main kejar2 ngan kakak.. berangan mcm dia beso sgt dah!.. kemain laju lagi nanti dia merangkak kalo kakak kata " kejaarrrr adekk... kejarr diaaa..." hahahaha..

Syok kan kawan2 bila anak makin ramai.. riuh rendah rumah dibuatnya... dengan gelagat & telatah masing2.. time syiok tu mmg la senyum jek.. tapi kalau time masing2 "angin" alamatnya ribut topan la dibuatnya suara ibu ni menjerit... itu la penangan bila punya anak.. turn kita plak merasai apa yang mak kita rasa dulu..

Penah jugak la saya jadik down, bila rase x terurus rumah dan anak2.. tambah lagi sekarang ni pendapatan sampingan dimurahkan rezeki OlehNYA.. penah jugak menangis sorang2.. dan penah jugak tanya dalam diri.. kenapa orang lain boleh jek rumah sentiasa dalam keadaan terurus sedangkan umah kita.. masyaAllah.. pening pala wooo... sekejap kemas.. jap g serak balik... bukan tak rimas tengok.. tapi kudrat sgt terhad nak pastikan setiap masa keadaan rumah tu bersih & teratur.. kadang rasa malu bila adek, ipar duai datang bila umah x 'get ready' lagik.. ermm... baru kita tau... mcm mane la mak kita tak cukup tangan nak urus kan kita adek badik dulu..

Masak?? ikut kerajinan & tahap mood.. kadang balik umah dah flat.. apa lagi.. makanla apa yang ade.. tapi untuk farah mmg wajib makan berat.. dia mesti lapar.. daddy plak tengah dok jaga perut.. so fruits & cereal is menu utama dia.. me?? apa yang boleh la.. as long bukan nasi... adek.. for sure la nestum/bubur dia.. so marila kita lunaskan tanggungjawab dan amanah yang telah diberikan OlehNYA.. yer.. doakan saya semoga tidak lalai ye kawan2!

*bersama amanah yang diutuskan olehNYA

Semoga kedua anakanda saya menjadi manusia yang berguna kepada kami kedua ibu bapanya, agama, bangsa dan negara serta cemerlang di dunia dan di akhirat serta dijauhkan daripada malapetaka dan perkara2 & gejala2 yang tidak diingini dan berikan kesihatan yang berpanjangan dan berkekalan.. amin

Mak,
kamoo la ratu hati saya!
along nak mak tau yang along akan sentiasa sayang mak tak kira mak sihat mahupun sakit.. mak berdaya mahupun tidak..
Ya Allah Kau lindungilah dan panjangkan lah usia kedua ibubapaku, perkenanlah doa-doa mereka, serta Kau gandakan kesihatan tubuh badan mereka Ya Allah.. amin ya rabb!

Luvs,
~Ibu Farah & Zahraa~

3 comments:

  1. memang camtu kak...kalo ade anak2 kecik ni memang kadang tak terurus rumah...pergh..akak tak makan nasi? hebat2...

    ReplyDelete
  2. ayu.bgslah ada pendedahan awal
    danish thn depan baru g anto
    sbb x reti basuh berak lg..hahahaha
    farah tau x ayu?

    ReplyDelete
  3. alolololo...tomeinya kakak fara beruniform ke skool...adik pun comel..bolat sungguh mata adik...

    ReplyDelete