Wednesday, August 25, 2010

~KAMI BERKONGSI BULAN~

Salam Ramadhan yang ke 16, (waktu draft ni baru puasa ke 16.. nampak tak bape lama drag nak publish post nie) sabarrrrrr jek la...

Sekejap je dahnak sampai ke penghujung bulan Ramadhan al-mubarak kan.. terasa macam baru lagi Ramadhan datang.. kini, bulan yang mulia semakin menghampiri ke penghujungnya.. Bagaimana dengan amalan kita dibulan Ramdhan ini?? sejujurnya saya cuba untuk mengejar pahala yang digandakan disamping anak2 dan suami yang berada dalam kondisi yang kurang sihat.. maklum saja la, semua kene buat sendiri, tiada pembantu (maid) di rumah.. makanya agak terkejar² dengan rutin harian.

Sepanjang Ramadhan nie, saya memasak sendiri untuk juadah berbuka puasa.. boleh dikira berapa kali saya ke bazaar Ramadhan. Pergerakan terbatas.. tapi syiok bila siapkan semua sendiri.. walaupun penat tapi saya rasa puas hati. :)

Berbalik pada tajuk kat atas tu kan ~
Saya nak bagitau yang "KAMI" berkongsi bulan OGOS untuk SAMBUTAN HARI LAHIR..

Hubby - 12 Ogos
Saya & Angah (Suraya Hani) - 23 Ogos
Adek Bongsu (Suzaini Aida) - 24 Ogos
Ibu Mertua - 30 Ogos

kalau la kami tinggal berdekatan, senang nak celebrate kan.. ~ buat satu majlis, kongsi ramai² potong kek.. hehehe..

Sempena umur saya genap 31 tahun (age is just a matter of number!! ahakss~), saya memanjatkan syukur kepada ALLAH s.w.t. kerana diberi sekali lagi peluang untuk menyambutnya bersama insan² yang saya kasihi. tahun nie ade penambahan sorang lagi~ seronok menyambut hari istimewa dengan orang² yang kite sayang kan.. the more the merrier aite~

Walaupon dah masuk bulan September.. tak kira saya nak post jugak entry ni.. dah buat lama da.. tapi asyik tangguh jek ngan kije yang berlambak.. aduiiii...

Ok la cukup untuk setakat nie dulu.. kita jumpa lagi..

p/s: zakat fitrah dah bayar belom?? tinggal beberapa hari jek lagi kita nak menyambut Aidilfitri ni..

Luvs,~ayu@rshad~

Tuesday, August 17, 2010

Story of two 'Nouf's

Salam buat semua,
Dah masuk hari yang ke 8 umat islam berpuasa.. u olls semua cenna? da ada yang perlu diganti?? adatla kalau perempuan kan.. lelaki no excuse ok!

Kali ni saya nak cerita tentang pengarang jantung hati saya, sape lagi kalau bukan 2 Nouf tu..
Meh cerita tentang sikecik ni dulu :

Zahraa,
Semenjak nak masuk 3 bulan nie, Zahraa da pandai cari/ikut objek yang ade depan mata dia.. pantang kalo kite nak snap picture.. nampak jek bayang camera, laju kepala pusing cari camera. Meaning daya penglihatan Zahraa semakin hari semakin tajam, begitu jugak dengan pendengaran, kalau ibu tepuk sebelah kiri, sure dia akan react dengan pusingkan kepala ke kiri.. Gengaman tangan semakin kuat, tengkuk Zahraa pon da tak lembik lagi.. infact dari dalam waktu pantang lagi leher Zahraa da tegak/kuat tak mcm budak dalam hari..

Dari segi fizikal, kaki Zahraa kuat menendang objek yang terkena kaki dia.. kuat bukan main2 tau.. kalau dia tendang dada ibu, boleh tahan senak jugak dibuatnya.. kalau ibu berdirikan dia, bukan main tegak lagi dia berdiri, dalam jangkamasa lama plak tu.. secara fizikal alhamdulillah.. semuanya bergerak seiring dengan peningkatan usia..

Lagi satu sekarang nie, cukup suka senyum.. bila ibu tgk jek dia.. aduiiiiii.. cairnya hati sayanggggg~ especially bila baru bangun tido, nampak jek ibu sure Zahraa berikan senyuman paling manis sekali... muahhhhhhh~ ibu sayang adekk.. pehtu tak kira la sape pon agah n ajak berbual, kecohh mulut dia nak bual sama~ ni sok mesti peramah cam ibu n kakak Farah jugak kan.. owh ye.. dia pon da pandai screaming menandakan tanda protes/nak minta di dukung~ hamboiii.. da pandaiii anak ibu nie...

Ni cerita tentang sibijak embam ibu,

Farah,
Erm... kalau nak citer budak sorang nie, 3 hari pon tak cukup tau! hahahaha..

Meh dengar saya cite pasal attitude Kakak Farah dulu.. since dah jadi kakak ni kan.. she very well behave especially kat adek.. kadang2 tantrum datang tu adatla kan.. baru 3 tahun, what do you expect kan.. one thing yang ibu puji pasal kakak, PANTANG dengar adek nangis, sure dia yang melompat dulu nak p tengok Zahraa.. kalu ibu lengah2kan tgk adik, Farah sure akan sound "ibu, tak kesian adek ker??".. bagus kan!! satu sifat yang ibu puji dalam diri kakak.. TAPI... ye ade tapi nya... Kakak akan jadi over mengada² bilamana Daddy ade kat umah.. Dia lebih manja dari adek, dia lebih kuat nangis dari adek, dia yang patut kene dokong instead of adek.. senang citer.. memang Daddy tak boleh nak amek adek.. she's very jealousy.. yes i really meant it! Dia tak boleh kongsi Daddy dia dengan orang lain.. (i think ni mesti kes penangan terkenan sifat ibu waktu mengandungkan dia dulu la tu, semuanya tak boleh kongsi!! huhu). Maybe sbb dia dok tgk adek selalu kene dokong ngan ibu jek (ye la, especially time bf kan), so dia 'punya' daddy la.. sbb adek da amek ibu.. kan.. kannn...

Pasal apetite dia lak, alhamdulillah mmg tak memilih makanan.. berat kakak skang 17kg. Ibu masak apa pon~ sure dia akan makan bersungguh² dan PUJI masakan ibu.. [can u imagine~sambil makan, buat muka makanan yg sgt² sedap,pehtu ckp 'bestnyerr ibu', sambil tgn tunjuk isyarat bagus] Kakak mmg pandai amek hati ibu.. same goes to daddy n adek n nenek n sapa2 yang dia jumpe.. dia akan buat semua orang rasa dihargai~ love u kakak!!

Pembelajaran plak, alhamdulillah A-Z dah kenal, 1-10 pon dah tau, boleh baca alif sampai ya.. Baca surah yassin dah sampai ayat 6~syukur! skang ni kakak suka ngan barney! kalo iklan TV semuanya dia boleh tiru dn ingat ayat satu per satu. apa lagi yer~ tu la saya dah kata, kalo nak citer pasal kakak ni, mmg takkan habis!

Skang ni, kakak suka bertanya tentang apa yang dia eager nak tau.. atau lebih tepat lagi semua benda dia bertanya.. kenapa ibu, macam mane daddy.. dah tu jadi apa.. kalau tak buat, dosa tak.. macam2 soalan dia.. daripada yang logik sampaikan x terima akal soklan dia..

Dan yang paling penting~ kakak dah tak pakai pampers lagi.. syukur! start balik putrajaya lepas ibu habis pantang haritu, kakak sendiri request takmo pakai pampers.. alhamdulillah.. (tapi daddy dah beli 2 beg pampers yg masih tak bukak lagi.. camne tu!!)

ok cukup la dulu pasal anak dara saya 2 orang nie..

Nampak tak adek punya action, pantang nampak kelibat kakak, laju jek dia cari/toleh kakak dia.. kenal beno dah ngan kakak shayang dia tu.. seronok ati ibu tgk kemesraan dua beradik nie.. mohon agar kasih sayang nie berpanjangan la hendaknya Ya Allah~ amin..



Dua beradik yang masih bushuk~ baru bagun tido..
pasan tak adek dah start nak bubling mulut dia tu~ haiihhh...


Gambar atas ni nak tunjuk, sebab saya menyokong sepenuhnya penyusuan eksklusif susu ibu..
tak kira walau dimana pon, hanya susu ibu buat Zahraa~ InsyaAllah, mudah²an Allah permudahkan urusan saya nie~ amin..


my precious!! Ibu loves both of u darls~


Adek yang suka buat memek muka (kerut dahi dia)


Alahai senyuman itu~ membuatkan hati ini cair!


Luvs,

~ayu@rshad~

Salam Ramadhan

Salam semua,

Maaf kerana tidak sempat untuk post cerita-cerita mengenai keluarga mahupun aktiviti kami sekeluarga..

Ketiadaan laptop dan kebatasan waktu membuatkan blog ini sudah lama 'terbiar'. Masa yang ada hanya sewaktu di pejabat saja.

Maka, dikesempatan yang singkat ini, saya rasa masih belum terlewat untuk mengucapkan SELAMAT BERPUASA kepada ahli keluarga, sahabat handai dan rakan bloggers yang di sayangi.

Maaf dipinta atas kesilapan yang tidak disedari sama ada dari perbuatan mahupun percakapan.

Semoga Ramdhan kali ini menjanjikan peluang yang lebih besar kepada kita untuk sentiasa berubah kepada yang lebih baik. InsyaAllah.

p/s: Buat Bed, terima kasih atas titipan hadiah buat Zahraa.
Buat Alya, nak sgt2 join contest alya, kalu sempat sebelum end of Aug, ayu post yer, tapi rugi nyer gambar Farah takde :(, cuma Zahraa je la yang tinggal pon.. InsyaAllah ye.. ayu cuba sedaya yang boleh..

Luvs,
~ayu@rshad~