Monday, June 14, 2010

::Pengalaman Bersalin ~ Part 2::

Hari Kedua (30 Mei 2010)


Meh sambung baca ea... :)

Seperti yang dijanjikan, tepat jam 3.00 pagi, hp ibu berdering, daddy kejutkan ibu, walhal malam tu mcm susah nak pejamkan mata, sekejap2 tersedar, almaklumla tukar tempat tido kan... lepas daddy call, cakap sekejap jek dengan daddy, terus la ibu cuci muka, gosok gigi then minum air milo kotak n makan biskut chipsmore more chocolate chips.. hehehe.. tengah2 makan, sister(ketua nurse) ronda utk kejutkan patient yang sepatutnya standby untuk diinduce..


Lepas makan, ibu dok tunggu jugak nurse panggil lagik.. tungu punya tunggu xde pon, so ibu baring2 la sampai terlelap mata, sekali nurse datang kejutkan dalam kul 4.40pagi.. suruh buat CTG.. buat CTG pagi ni lama plak.. sbb baby zahraa tido kot, graf tak bape nak cantek.. soo ibu gosok2 perut utk wake up baby zahraa.. alhamdulillah hampir nak sejam baru la graf ok... lepas settle CTG, sister kate doc nak masukkan ubat induce, tapi lepas masuk ubat ibu tak boleh bergerak/bangun/berjalan selama sejam.. dikhuatiri ubat tersebut jatuh keluar (ubat tersebut dimasukkan melalui faraj).. so ibu ckp nak p solat subuh dulu memandangkan da masuk waktu.. nurse lepaskan, pastu terus masuk bilik doc.. habis solat, ibu terus la p baring kat bilik menunggu utk doc induce, settle induce, ibu ditolak pakai wheel chair masuk semula ke bilik.. lepas 6 jam nanti (means kul 11 pagi) doc akan check jalan dah buka bape cm.. balik bilik, ibu baring then terus tertido.. sedar2 dah pukul 8 pagi, nurse dah bawak masuk bfast, ibu tanya dah boleh turun katil ker?? nurse pon senyum jek.. dah boleh Puan.. masuk toilet, mandi, terus la bekpes air milo panas dan bihun goreng.. dok spital makan apa pon sedap kan.. ker sebab perut da mmg lapo..


Ermm.. pukul 8 pagi ni takde plak rase sakit perut lagi, again.. habis bekpes ibu baring atas katil sambil bukak surah lazim dalam hp ibu, sambil tu mulut x lepas drp doa mudah bersalin... tgh dok baring2, mak plak call.. kate anak best fren dia dah bersalin kul 3 pagi tadi kat spital yang sama, ward yang sama.. ibu pon nak soh jalan cepat terbukak terus la tanya nurse kat mane bilik dia.. rupanya satu level.. dia bilik no 7, ibu bilik 32.. so hujung bertemu hujung..ibu pon jalan la pelan2.. waktu ni dah kul 9 pagi.. tengah2 jalan nak pegi ke bilik dia, tiba2 rase sakit perut mulas2.. dlm hati dah berkata, alhamdulillah... biar la sakit nak bersalin datang.. cepat la bukak jalan.. sampai kat bilik sayang (panggilan manja anak kawan mak ni) ibu borak2, tgk baby.. semangat baby dia.. sambil borak tu contraction makin kerap plak.. uiksss... lepas setengah jam borak2.. ibu mintak diri balik bilik... jalan pelan2 jek la.. sampai katil, ibu baring dan start baca surah yassin.. doa banyak2 kat Allah, agar permudahkan jalan cepat terbuka.. biarla sakit yang ibu rase nie sekejap, tapi jalan dah bukak banyak.. insyaAllah.. Allah itu MAHA MENDENGAR... dapat jugak ibu selesaikan bacaan surah yassin sebanyak 3 kali..


Tepat jam 11 pagi, doc panggey utk cek jalan.. ibu sempat tepon daddy bgtau kalau lepas nie call ibu tak angkat fon means ibu dah kene standby kat labour room.. rupanya daddy da on the way ke hospital... lagi sekali ibu mohon maaf kat daddy, dan mintak daddy doakan yang terbaik buat ibu dengan baby zahraa.. ibu pesan kat daddy, sok bgtau kat nenek & atok sekali...


Bila doc cek bukan jalan, dalam hati ibu sentiasa berdoa.. permudahkanlah urusan bersalin ibu kali ni.. bila doc start seluk, sambil tu doc kira.. 1, 2, 3, hati ibu dah berbunga2.. doc sambung lagi 4, 5... terus doc jerit panggil nurse.. standby labour room.. nurse pon start call dan tanya bilik kosong.. doc kate Puan, sudah bukak 5cm.. so saya pecahkan air ketuban dan Puan boleh terus masuk labour room (LR) yer.. Syukurr pada Allah yang mendengar rintihan hambanya... lepas doc pecahkan ketuban, ibu ditolak guna wheel chair ke LR.. sebelum tu, ibu mintak tolong nurse tolak ke bilik dulu.. ibu nak amek botol air.. takut haus tekak nanti ngan ibu nak makan kurma 3 biji.. sambil tu sempat jugak ibu call daddy dan bgtau yg ibu da kene masuk LB.. daddy kate dia dah nak sampai hospital.. HP semua ibu tinggal kat locker nurse.. Ibu pon ditolak ke LR aras 1... owh bilik ibu kat aras 2 yea...


Sampai jek kat LR, hati ibu lagila berdegup kencang.. Ya Allah.. kuatkanlah semangatku untuk bertarung melahirkan umat Muhammad s.a.w. Ya Allah.. niat hati nak jumpe daddy.. tapi tak kesampaian.. sbb prosedur baru di HSA, tak boleh ditemani sesiapa di dalam LR.. sbb penah ade kes berlaku hujun tahun 2009.. maka tak seorang pon dibenarkan masuk ke LB melainkan patient.


Bila da sampai kat bilik, standart prosedur, mesti la buat CTG, waktu nie ibu masih boleh tahan lagi kesakitan.. walaupon sakit datang selang 2 minit.. nurse pon mula la cucuk tgn kiri ibu, incase kene masuk kan air/ darah.. bila doc tgk CTG ibu contraction terlalu kuat, doc soh buat water drip, takut ibu dehidryte.. cuma satu yang ibu rase sgt2 membantu.. sebelum admitted kat hospital, ibu google teknik pernafasan waktu nak bersalin.. dan ibu terjumpe satu blog yang mengajar teknik pernafasan dengan kiraan yang betul.. maka setiap kali datang conttaction, ibu cuba apply dan ALHAMDULILLAH.. sgt2 membantu.. mmg boleh rely on teknik pernafasan... bila cont datang ibu tarik nafas dalam2 sehingga terasa sampai ke dada, then ibu lepaskan melalui mulut hingga kiraan ke 15.. mmg release sakit tu... dipendekkan citer.. pukul 2.00petang ibu dalam LR bertarung sakit, doc datang utk cek jalan lagi.. mcm biasa dia akan buat kiraan.. ibu masih dalam keadaan sedar.. 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8... fuhhh lega nye dalam hati... since doc tgk carta gerak jantung zahraa tak bape nak cantek, doc masukkan wayar melalui faraj dan lekat kat kepala zahraa untuk monitor jantung/pergerakan (which is waktu nie ibu pon confuse.. takkan nak tgk gerak jantung kat kepala baby) tapi da sakit punya pasal, ibu ikut jek la.. sambil tu doc beri injection kat punggung untuk kurangkan sakit.. time cont datang, ibu buat teknik pernafasan yg ibu sebutkan tadi.. terdengar jugakla nurse2 tu kate.. ermm steady la.. contraction kuat, tapi pandai bernafas.. dalam hati ibu.. kembang la jugak.. tapi bila sakit datang lupa dah sume tu...


datang plak sorg doc pelatih cina, dok tengok ibu, tanya sakit tak puan.. aku rase cm nak terajang jek ko ni.. ape la soalan ko.. tapi jawab la jugak.. sakit doc.. dia plk menjawab.. sabar ye puan.. sekejap lagi.. lepas tu dia kuar.. mintak nurse masukkan pitosin kat ibu.. WTH!!! aku dah sakit ko nak masukkan pitosin lagi?? (pitosin ni sejenis water drip utk mempercepatkan lagi contraction dan sakit-tolong betulkan kalo maklumat nie salah yer) ibu dah penah rase dah waktu kakak farah dulu.. takmooo... sbb pitosin ni la tgn daddy sampai lebam ibu genggam.. x tahan sakit punya pasal.. sib bek sorang nurse datang backing.. tak perlu masuk pitosin doc.. patient ade progress, jalan pon cepat bukak & contraction sgt kuat.. tak perlu pitosin.. then doc pon akur ngan nurse yang mungkin dah bertahun pengalaman kat LR ni berbanding dia.. lega sekejap la ibu dengo.. lepas tu dengar nurse tu bebel pasal doc pelatih.. ape2 la... ibu x layan da...


Pukul 3 petang jek, ibu dah x boleh nak tahan sakit, teknik pernafasan tu pon dah x boleh nak cover sakit ibu.. bayangkan daripada terbaring sampai nak terduduk ibu tarik lapik kat tilam tu.. punya nak cover sakit.. sampaikan ibu baca doa mudah bersalin tu dah sampai nak separuh jerit dah rase.. nurse datang dan calm down kan ibu.. dia bg topeng gas.. suruh sedut.. owhh pengalaman waktu farah masih lagi ibu ingat.... sbb mask tu la ibu rase lalok.. then kali nie bila dah tak tahan sgt baru ibu guna, adalah dalam 3 kali jek.. pastu ibu sanggup tahan sakit tu naturally.. waktu ni dah tak malu da menangis... waktu nie pon ibu dah tak malu dah merayu kat tuhan cepatkan proses bersalin nie.. ibu merayu sepenuh hati, sambil menangis.. ibu ckp ngan tuhan, ibu dah tak kuat nak hadapi sakit nie lagi.. akhirkan kesakitan ini secepatnya.. bantula hambamu ini Ya Allah.. hanya kau Tuhan yang MAHA MENGASIHI.. waktu nie ibu dah nangis sedu sedan, sambil panggil MAK.. MAK... ABANGG.. TOLONG LAHH... bila sister dengar ibu dah tak tahan mcm tu dia start panggil doc, doc cek jalan dah bukak sampai 9cm.. sister kate kalau rase nak teran dah boleh teran.. tapi ibu xde rase nak teran pulak..


Jam menunjukkan 3.30 petang, ibu usaha untuk teran.. dah bersemangat da.. sister, nurse n doc dalam bilik tu mula bg kata2 perangsang.. ok cuba teran... waktu farah dulu, daddy yang tolong tolakkan belakang ibu, so ibu separuh duduk dengan tangan memaut kaki (buku lali), tinggal nak amek nafas sebelum nak push out.... kali nie xde sape bantu.. bayangkan ibu kene buat sendirian.. mula2 buat tgn terlepas drp pautan kaki, ibu terbaring semula.. kali kedua, sempat lagi ibu muhasabah diri, jgn lembik.. kau sorang.. kau kene kuat.. demi zahraa.. kau kene settle kan semua nie sendiri.. serta merta, ibu benti nangis.. ibu tarik nafas sedalam2 nya.. dah ibu push selama yang boleh... sister dah mula pegang bahu ibu.. boleh sayang.. awak boleh buat.. dah nampak da rambut baby.. YaALLAH.. dulu, daddy yang bg semangat mcm tu pada ibu.. kali nie ALLAH gantikan dengan seorang sister yang persis seorang ibu yang sangat2 prihatin ttg anaknya yang dalam kesakitan.. Ibu tarik nafas kali kedua, push lagi terasa kepala zahraa dah keluar, bilik dalam LR pon dah mula dengan teriakan setiap orang, boleehhhh... tarik nafas... pushhhhhh.. bagussss.. welll doneee... lagiii.......

Bila kepala zahraa da keluar ibu rase doc cuba nak lepas kan bahu dia tapi x lepas.. so ibu kene episotomi (gunting) kali nie serong kekanan.. lepas epi, doc soh teran kali ke 3.. tarik nafas.... yakinnn awakkk bolehhh... pusshhh..... gedebukk.. zahraa pon keluarla dengan selamatnya... ALHAMDULIILLAHH.. TERIMA KASIH ALLAH ATAS BANTUAN MU.. sister terus jerit 3.40petang masa kelahiran.. wahhh.. 10 minit la jugak ibu bertarung yer.. fuhhh... rase mcm nak dekat sejam meneran plak tadi...


Ibu dapat tengok zahraa fresh.. lepas doc dah potong tali pusat, cepat2 sister tanya ibu, dah tau belum anak ape?? ibu jawab baby girl.. sempat lagi sister tanya anak sulung boy ke girl.. girl jugak.. sisterr siap kate.. takpe tahun depan teran lagi mintak kuar boy plak yer.. suka hattiiiiiiiii jek ea... terus sister angkat zahra, tanya ibu lg sekali, anak awak perempuan ke lelaki.. perempuan.. ok..peluk.. bg salam... ibu terus cium dahi zahraa.. MasyaALLAH... KURNIAAN yang tak ternilai dengan wang ringgit dan harta di dunia... saat nie, kalau ade daddy alangkah indahnya... mesti daddy dah cium dahi ibu.. mesti daddy dah peluk ibu.. cium zahraa.. tapi apakan daya.. redha la yer... ibu dapat peluk zahraa dalam seminit, lepas tu nurse terus amek dan bersih kan.. One thing persamaan zahraa & farah adalah bila keluar, dua2 dah bukak mata.. melilau tgk keliling.. syahdunya YA ALLAH.. dapat dakap zuriat sendiri... nikmat tak terhingga...


Kali ni ibu sedar dan masih bertenaga even lepas zahraa keluar, ibu dpat tengok live doc keluarkan uri.. rupanya besar jugak yer, sama saiz ngan baby jugak.. lepas uri dah keluar, doc jahit luka perinium, tempat kene api tadi.. sempat lagi ibu tanya doc, banyak ke kena jahit doc.. doc jawab tak la.. cuma tempat yang kene epi tadi jer.. alhamdulillah.. lega dengar... waktu kene jahit air milo panas pon sampai.. ape lagi ibu pon minum la sampai ke titisan terakhir.. uhhh... nikmat2.. lepas penat bertarung...


Selesai jahit & bersihkan darah2 yang banyak tu, baru la daddy dapat masuk... lega nye dapat tgk muka daddy.. daddy terus terpa ibu yang sedang susukan zahraa.. daddy kiss dahi ibu, pp ibu.. daddy amek zahraa, azan & iqamatkan zahraa.. syahdunya... begitulah cerita pengalaman & suasana ketika bersalinkan zahraa..


Then esoknya barulah ibu ngan zahraa dibenarkan keluar hospital, lepas zahraa dan ibu dah boleh buang air kecil & besar...


-sekian-


Semoga bila zahra baca entry ni kelak, zahraa tau bagaimana susahnya ibu nak melahirkan zahraa, sbb tu zahraa kene jadi anak yang solehah.. dengar kata ibu & daddy.. jgn nakal2.. sentiasa beramal soleh..jadi anak yang membanggakan ibu, daddy & keluarga.. jaga nama baik keluarga kita yer sayang...



Luvs,

~Ibu yang Syukur~

13 care(s):

  1. hi ayu. dah baca part 1 & 2. dapat rasa kan semua cerita ayu ni. mmg pengalaman yg amat berharga kan? syukur both anak ayu sgt2 comel. harap bila baca nanti diorg tau la betapa susah payah nye ibu diorg bertarung nyawa nak keluar kan diorg dr perut ibu. part teknik pernafasan tahan contraction tu rasa alya apply gak aritu mmg membantu. tp beza nya alya tak statik atas katil. tak duduk langsung. berdiri jalan2. sakit je tarik nafas dalam2 sampai rasa kt dada tu then lepas. cuma seksa nak kena baring bila nurse dtg nak cek ctg je la. tp membantu. masa cepat berlalu. lain org lain pengalaman. yg melalui je dpt merasai. alamak, panjang nye komen. sorry! ;)

    ReplyDelete
  2. menages2 aku bc cite kak ayu... sgt2 sayu hati ni bile teringat tym bersalin aritu.... OMG! xdpt nk luah ngan kata2.... ALLAHUAKBAR!

    ReplyDelete
  3. tahniah ye...pengalaman tak ternilai bagi seorang ibu ialah melahirkan anak...sebak pulak jue baca teringat pengalaman bersalin farisyah tempoh 3 tahun lepas tapi rasa macam semalamkan...salam perkenalan dari jue

    ReplyDelete
  4. aku pun dulu nes suh amek gas tu tp aku lalok terus aku xmo..baik tahan sakit naturally then yg teknik pernafasan tu pun aku buat jugak..sgt2 berbaloi..a'ah tiap kali contraction dtg..aku buat..:)

    smoga zahraa jd anak yag baik dah solehah :)

    ReplyDelete
  5. dah aku pulak yg terasa nk teran :P
    sronok baca pengalaman kau ayu. penoh ngan kekuatan + ingatan kau kat Tuhan (^_^)

    semoga anak2 kita akan menjadi anak yg solehah & yg terbaek! amin....

    ReplyDelete
  6. byk kali aku berhenti baca entry ko nih.. sat2 terasa nk nangis.. ater xmola nangis kt opis kan.. tp takleh la.. nangis gak aku.. sgt terharu..

    tahniah again ya ayu.. pndai ko mengolah ayat2 mu itu.. sgt menusuk ke jantung aku.. berderaiderai air mata tompah.. aisehhh.. aku sgt terkesima.. teringat saat diri sendiri bersalin.. thn dpn nk bersalin lg.. tah ape la pengalaman aku lepas nih agaknya.. harap semuanya baik2 belaka.. amin..

    bb zahra.. aunty doakan kamu membesar menjadi anak yang baik, solehah, taat pd ajaranNya, ibu bapa dan keluarga..

    didiklah mereka sebaiknya ayu.. insyallah.. :)

    ReplyDelete
  7. Ayu...sob sob..Ayu...
    ko buat aku menangis di depanpc dlm opis ok
    ** tak psl2 org tanya aku
    "noorul apsal??apsal??? kenapa ni???"

    kenangan melahirkan mmg sakit masa tu tapi manis bila di kenang kembali...
    mcm akukan ayu... masuk LR tak smpi sejam...sekejap sgt anak2 aku dh berlumba2 nk keluar tgk dunia ni... maybe bahagian aku senang nk bersalin...tapi bab sepanjang 9 bulan tu yg perit...mcm2 hal
    nway...baca pengalaman Ayu buat Ayien insaf
    alangkah bertuanhnya aku ..dua2 kelahiran sgt cepat dan dipermudahkan ...

    Selamat berpantang Ayu...

    ReplyDelete
  8. TAHNIAHHHH ...

    aku sonok baca pengalman ko .. yeler, moge2 dpt jd info tuk aku nnt kan (doa2kan key)..

    semoga ko selamat berpantang, kasi slim melim .. lg 2 thn leh wat bby boy plak .aci gitu ..

    ReplyDelete
  9. fuh..selesai part 2...aku pun sebak gak baca ni..tapi tahan je..sbb kat ofis..kahhh..alhamdulillah..kali ni x lama sakit nyer ye ayu..harap2 kamo doakan aku pulak lepas ni ye ayu...huhuhu..neves

    ReplyDelete
  10. Alhamdulillah..selamat zahraa dilahirkan ke dunia.

    tetiba teringat saat2 lahirkan izz dulu. seronok sgt kan dpt lalui semua ni.

    selamat berpantang...dah balik kl nanti, insyaALLAH ila dtg melawat..

    ReplyDelete
  11. ayu, aku ingat dah komen tapi nape tak kuar ye....error lah tu....pengalaman tiap anak itu memang berbeza, kau dah selamat melaluinya...aku belum lagi...apa pun aku kagum dengan semangat kau ayu even tanpa suami disisi...semoga zahraa jadi anak yang baik, sihat dan sebijak kakak farah..

    ReplyDelete
  12. ayu...bila baca part 1 n 2 ni sampai habis.. debor2 la plak ni. kena bt mcm ayu buat la..teknik pernafasan tu..eheheh..
    bacaan doa semasa pregnant dan semasa menanti kelahiran...terima kasih ayu..gud info n sharing

    ReplyDelete
  13. ayu~meleleh air mata ira baca citer ayu...kalo nak ikut, byk persamaan yg ayu tulis jadi pada ira...ira pon kene induce, bersalin sorang2... kalo dulu hubby dpt teman, skang nangis dlm LR sorang... tp Ira mcm terkunci nak citer pglmn bersalin tu...Insyaallah...next entry Ira citer. Bila Ira betoi2 boleh citer

    ReplyDelete