Thursday, July 30, 2009

::Dugaan yang bertimpa::


Salam Kengkawan,


Masih ingat lagi sebulan yang lepas, Farah demam panas n kejadian potong rambut farah berlaku.


Seminggu lepas tu farah kene ciken pox pulak.. skang da beransur pulih.. cuma tinggal kesan kaler putih2.. mesti amek masa jugak nak ilang..


Dalam masa yang sama jugak, daku dapat berita kehilangan suami kakak sepupu ku (Arwah abang Ngah).. waktu ni amat menduga kami seisi keluarga.. Mak, Ayah, Mak Long, Pak Long & Alang holiday di Jakarta. Waktu terima berita arwah meninggal dunia, kami di Malaysia x dapat hubungi orang tua kami di sana.. sehingga la sms yang daku send pada mak diterima. Untuk pengetahuan Mak Long n Pak Long ku adalah mertua kepada Arwah. Sessi pulang ke Malaysia selesai pada hari yang sama, dan semua yang berada di Jakarta dapat melihat jenazah sebelum dikebumikan sebelum Asar. Alhamdulillah.. Allah permudahkan segalanya.. amin.. Takziah buat Kak Ngah sekeluarga, tabahkan hati dengan dugaan yang Allah turunkan ini. Jaga la zuriat peninggalan arwah seramai 4 orang itu dengan sebaik yang boleh.. InsyaAllah Kak Ngah mampu lakukannya..


Minggu sudah Family-in-law pulak datang untuk tgk keadaan Farah.. Weekend yang memenatkan plus daku pon x sihat.. 2 hari berturut2 pulak daku bawa mak & ayah ke klinik due to cirit birit n sakit perut semenjak balik dari Jakarta..


Kini, selepas 2 minggu Farah kene ciken pox, Daddy punya turn plak.. Ya Allah.. dugaan apakah ini.... daku rase untuk 2 bulan ini penat yang daku tanggung x terkata.. Dengan beban kerja di pejabat yang sentiasa x bertepi.. selalu kene balik lewat, kalau x kene keluar untuk handle event menteri n timbalan menteri. x pon handle interview dgn media.


Namun daku bersyukur dengan apa yang Allah berikan pada ku.. dan yang sngat membantu adalah kehadiran mak dan ayah di sini sewaktu saat daku memerlukan.. summore ayah mmg nak spend masa ngan Farah, dia dah lama x jumpe n manja ngan Farah.. Daku juga rase sangat beruntung kerana hidup dikelilingi oleh orang2 yang menyayangi daku dan keluarga. Even penat mcm mane pon masih lagi org yang amek berat ttg kesihatan dan perjalanan harian kehidupan ini.. Masalah sentiasa datang dan pergi.. Namun kekuatan hati dan mental adalah senjata utama untuk kita perjuangkan hidup ini.


Adat kehidupan, ada masa kita bahagia, gembira dan ceria... bila tiba dugaan yang diberikan oleh NYA, kita ingat la kepada orang yang lebih teruk menerima dugaan berbanding kita yang Allah hanya berikan sedikit cuma.. dengan itu... Hidup la dengan hati yang terbuka dengan ketentuan yang diberikan supaya kita lebih menghargai kehidupan ini.


Begitu juga dengan pasangan kita, hargai dan sayangilah sementara dia masih bernyawa.. Jika apa yang berlaku kepada Kakak sepupu saya, perkara tersebut x dapat di ulang semula..

Terima seadanya la suami/isteri kita, belum tentu baik dimata kita, baik jua pada dirinya.. yang penting terima seadanya dirinya.. jauhkan lah ego dalam diri kita pada orang yang kita sayang, sesuangguhnya ia tidak membawa kepada kebahagian hidup berumahtangga.. jadilah pasangan yang hidup dalam berkasih2an dan sayang menyayangi, kerana perkara yang baik akan membawa kepada berkat dalam keluarga dan hubungan yang berpanjangan... InsyaAllah...


Hidup ini sangat singkat, oleh itu hadapilah dengan hati yang gembira..

Yang baik itu semuanya dari Allah, yang kurang itu maaf jua yang saya pinta..

gambar sekadar hiasan


Salam sayang untuk semua,
~ayu@rshad~

Saturday, July 18, 2009

[AWARD+TAG] from [AIEZA]..


Dapat [AWARD+TAG] dari Aieza Mummy Hana
.. Mekasih la yer, aku terima award aka tag yang ko bagi nie.. Farah n hubby ku dah ZzzzZZZzzz, so buleh la daku buat tag ni kijapp....
1. Copy badge "2009 Cute's Blogger Award" di atas untuk diletakkan di blog anda.

Ok done!
2. Link/ceritakan kembali siapa yang memberikan award ini kepada anda.
Terima award dari Mummy Hana a.k.a Aieza
3. Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta/hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya(anda di-tag).
Alamak.. banyak nyer seploh...
+ Dah kahwin..
+ Dah ada anak..
+ Bekerja..
+ Tinggal kat Putrajaya..
+ Suka mem"baking".. (cmne leh sama ngan ko plak nie Aieza) kalo free p la jengok kat http://noufcakehouse.blogspot.com (saje jek suka2)
+ Jarang masak kat umah (masak weekend jek) bole???
+ Akan p swimming seminggu sekali (jom la sesape nak join)
+ Errmmm.. ape lagi ea.. suka camping, but since dah de Farah ni daku dah x de chance nk ikut mane2 outdoor activity... :(
+ Suka tengok wayang.. tapi dah lama xtgk wayang ni.. :-(( (sama gak ngan ko Aieza)
+ Skang nie asik kebek laptop aku jek la.. everyday ok!!

4. Anda perlu memilih 6-7 penerima award seterusnya dan menyatakan nama mereka di blog anda.
Rase nyer sume org dah buat... aku jek yang tertinggal ketapi nie...

Luvs,
~ayu@rshad~

Friday, July 17, 2009

::Ciken Pox::

Salam..
Kepada sume kawan2 (Bed, Kak Ai, Nas, Elly, Zura, Ryn & Aieza ) yang sudi komen n beri kan petua2 korang, Terima kasih banyak2.. harap dapat membantu.. semua info2 korang sgt2 berguna.. Here gambar2 jantung hatiku yang kene ciken pox.. sian sgt2 kat dia...

Tolong doakan Farah ku cepat sembuh ye... amin...

nampak tak kat muka dia tu, kat atas idung tu dia suka sgt garu, gatal agak nya, mak kate jgn biarkan dia garu, takut berlubang..

Ni kat belakang badan dia, tu boleh bubuh ubat sapu pon time tido jek, kalo tidak.. jgn harap la.. gatal agaknya kene ubat tu...

Ni kat badan dia, alhamdulillah la hari ni nampak sume nye mcm nak kering da..
tapi daku masih jugak x mandikan dia daripada hari isnin aritu.. mak ngan mak mertua kata biar sampai betul2 kering baru mandi kan dia.. mesti dia pon x tahan gatal sbb x mandi kan.. sayang anak ibu, tahan ye sayang...

Tengok la, walaupon sakit, badan tu panas, Farah tetap ceria..
Korang pasan x rambut farah da pendek.. daku korban kan waktu dia demam panas aritu.. nak upload banyak sgt2 gamba kat sini, tapi keadaan lom mengizinkan lagi.. nampak cute plak dia rambut pendek cmni... sayang muchukk ibu nie.. muahh..
Ubat ni daku beli kat farmasi, waktu mula2 kuar ingatkan ruam... mula2 kuar kat private part dia.. so ingatkan fungus ke ape.. sekali kuar berbiji air plak.. aduiii sian farah..
Ni plak dapat waktu bawak dia p Klinik, cream dot2 kat ciken pox tu la.. cream ni dia ok lagi.. maybe sejuk kot.. dia nak la kite apply kat badan dia..

Ha.. yang ni hospital bagi, yang ni dia x mo pakai sgt2... x tau kenapa.. gatal ke kalo kene badan dia ea.. sape2 tau ka? nama nye calamine lotion.. dia siap cakap "tak payah ibu.. tak payahh pakaii" sambil nak nangis...

Korang, seriously daku sgt2 la risau ngan keadaan dia skang nie. Harapan daku semoga dia cepat la sembuh, kesian tgk, kecik2 dah nak tanggung semua cmni... InsyaAllah Farah Ibu cekal kan.. Farah kuatkan.. sebab itu Tuhan bagi ujian ni skang.. Ibu redha, cuma Ya Allah sembuhkan la anakku secepat yang mungkin.. kesian kat dia... Ibu ngan daddy sayang farah sgt2.. no matter ape pon condition Farah sayang.. Farah tetap jantung hati ibu ngan daddy...

Luvs,
~ayu@rshad~

Thursday, July 16, 2009

~~MINTAK TOLONG~~

Salam kengkawan..

Daku nak mintak tolong sket nie..

Dua minggu lepas Farah demam teruk seminggu..
pastu skang nie dia kene Ciken Pox plak..

Korang, since ni 1st time daku nak handle anak yang kene ciken pox, daku nak mintak pertolongan korang la, such as petua2 ke ape ker....

Daku dah bawak dia p hospital, dapat ubat sapu tu, tapi bila nak dot kan kat ciken pox dia tu kan, dia mcm refuse sgt2.. mcm pedih jek... sian plak aku tengok... mcm x sampai ati nak sapu... mcm mane erk korang.. kalo x sapu kang x kecut plak ciken pox dia tu kan...

Ni drp ari isnin aku x mandikan dia, sbb MIL aku kate kalo mandi nnti ciken pox tu terbantut nk kuar, so aku tekap2 je la badan dia guna kain celup kat air suam2.. sian korang tgk kat dia... dalam mulut pon ade woo.. sedey sgt2 tgk dia korang... semalam satu hari dia x nak makan tau, daku buat bubur, quaker oats pon dia xmo makan.. dia cuma jamah coklat, yougart tu pon setakat dua kali jamah jek... susu pon semalam dia minum x abis 2 botol..

Pagi ni daku amek cuti, since hubby aku dah cuti 2 hari, so kene take turn la kan.. pagi ni daku buat kan roti bakar sapu daisy ngan tabur gula, dia makan beriya2 sampai 2 keping.. sian nyer.. nampak sgt lapar kan... alhamdulillah la kalo dia nak makan semula.. mesti dia sakit kat dalam mulut tu sbb ciken pox tu tumbuh kat bibir ngan lidah dia... daku x bagi makanan yang panas2.. sian kat dia..

so kengkawan, sape yang penah handle anak ke adik ke sedara mara ke yang penah kene ciken pox, mintak kongsi la petua2 tu ngan saya erk...

Kepada sume kengkawan blog, mintak maafla sbb dah lama x update blog nie due to Farah nyer kesihatan yang x mengizinkan... Daku pon x berkesempatan nak bukak blog korang jugak.. mintak maaf banyak2..

Then pada kengkawan yang sudi nak mengetag dan memberi award pada daku pon, mintak maaf la... nanti daku buat lump sum ea... jgn kecik ati yer...

InsyaAllah daku buat sume tu nanti bila farah da sihat erk..

nota : tolong erk.. kongsi petua2 pasal ciken pox nie (thx erk bed bg petua2 ko kat aku).. nanti daku upload pic farah yang kene ciken pox tu.. banyak yang amat... sian kat dia..
Tolong doakan jua kesihatan buat puteri ku itu yer..

Terima kasih banyak2 kengkawan...


Luvs,
~ayu@rshad~