Friday, June 19, 2009

:: An Evening with my lil' hunny bunny ::

Semenjak nenek menemani kami sepeninggalan daddy selama 8 hari, antara aktiviti wajib Farah di waktu senggang adalah bermain di taman permainan yang berada di depan umah kami. Sebelum ni daku mmg malas nak membawa Farah ke sana di sebabkan oleh Taman permainan itu juga adalah tempat berkumpul maid2 jiran aku untuk mengumpat majikan mereka. Adalah tidak manis sekiranya aku duduk sekali bersama dengan orang2 itu... Tapi situasi itu berubah bila nenek ada di rumah. Nenek mesti bawa Farah keluar bermain di taman pada waktu petang, dengan alasan, kesian dia... sehari suntuk duduk di rumah.. maka anakku itu pon dengan rasa bermegah hati dan berbunga bunga mencuba segala macam mainan kat ctu.. tapi maaf la daku x larat nak snap semuanya, ini pon hasil ehsan htc ku sayang jek.. camera telah di bawa oleh daddy selama sepeninggalannya ini ye untuk makluman... so, sudah seminggu daku akan membawa dia bermain di sini. Cuma nya lepas nenek balik nanti, belum pasti lagi agenda ini akan di teruskan atau tidak, kita tunggu arahan kuatkuasa dari BAPAK KANTOR yang akan pulang ahad nanti ya... hikhik... ape yang aku bebel nie...
ermmm so meh la kengkawan, lihat la aksi puteri ku yang amat teruja dapat lepas bebas bermain di taman ini...
ibu... ibu tengok la farah main gelongsor nie..


tejap ea ibu... farah nak main lagi

alamak... wrong way la my dear!!

haaaa... baru betul....

yeaaaaa..... ibu sonoknyaaa.. jom la main sama ibu..

ibu : jom balik farah
farah: alllaaa, another round la ibu.....

nenek yang setia menanti cucu embam kesayangannya..
sanggup ea nenek.. pehni ibu plak la nak amek tugas nie ye...
pose bersama nenek kesayangan Farah..
Terima kasih nenek teman kami, seminggu Farah x pi School.. ermm jgn next week liat nak masuk school sudah la ye nak...
Sayang kat mak, n tq to ayah yang sentiasa risaukan cucu yang akan keseorangan bila daddy nyer outstation...
Luvs,
~ayu@rshad~

Thursday, June 4, 2009

[TAG] TAG JEPUN DARI AIEZA..

[TAG] TAG JEPUN DARI AIEZA.. (dah berkurun dah... baru nak buat..)

TAG JEPUN
A-ka
F-lu
K-me
P-no
U-do
Z-zi
B-fu
G-jiL-ta
Q-keV-ru
C-mi
H-ri
M-rin
R-shi
W-mei
D-te
I-ki
N-to
S-ari
X-na
E-ku
J-zu
O-mo
T-chi
Y-fu
Z-zi

NAMA AKU : AYU = ka-fu-do (sedap dak ea... Kafudo... sib bek bukan BODO.. :p~~)
NAMA HUBBY: ZACK = zi-ka-mi-me ( hahahaha.... aku dok terbayang "zip kami meh.." aparaaaaa....)
NAMA FARAH = lu-ka-shi-ka-ri (aduiiiii... dah luka makan kari plak.... ahakksss.....)

korang layan je la ea..... hahahahhahaaaaa... syok gak buat mende nie aieza.. mekasih la ko tag aku yerk..

Luvs,
~ayu@rshad~

.:On Our 4th Anniversary:.

Salam kengkawan semua..


Semalam (3 Jun 09) genap 4 tahun usia perkahwinan KAMI.

Masing2 busy tahap cipan, so kami luangkan jugak waktu lunch tuk makan berdua2an, x kisah la walaupon kami x reserved tempat yang besh2.. sekadar nak luangkan masa bersama, so kami decided having our lunch kat Pizza Alamanda...


Then, mlm plak daku ajak hubby p tgk movie Night at The Musuem.. Start kul 10.15pm sampai kul 12.10am...


Ape yang daku harapkan dalam alam perkahwinan ku ini, Semoga sentiasa diberkati olehNya, dilindungi olehNya, semoga kasih sayang antara kami sebagai sebuah keluarga sentiasa bertaut dan kekal selamanya. Semoga kami dikurniakan keluarga yang bahagia dengan kehadiran anak2 sebagai penyeri di dalamnya...


Untuk Abang, Bie x mengharapkan wang ringgit (tapi kalau ade lebihan yg x tau nak buang kat mana.. bie sentiasa ok jek), cukup sekadar perhatian n kasih sayang buat bie dan anak... bie hargai kehadiran abang di sisi KAMI sebagai pelengkap hidup kami.. Semoga hubungan kita suami isteri kekal hingga ke hujung nyawa ye sayang...


Bie sayang sgt2 kat abang... love u dear.. muahhh...



Luvs,
~ayu@rshad~