Thursday, January 20, 2011

~1st Entry 2011 di penghujung Januari~

Salam semua...
Selamat Tahun Baru (kalo masih boleh diguna pakai.. kahhh) :)


Semoga kehadiran tahun baru, azam baru, sifat peribadi baru yang lebih baik daripada yang sebelumnya, penambahan orang baru dalam keluarga, (ramai my friend yang baru dapat baby).. ade yang kelengkapan rumah baru.. wahhh.. masyuk... yang penting.. kita ingin berubah daripada takuk lama kepada pembaharuan...

Kakak Farah tahun ni dah masuk kindy ~ Taska Permata Nasyrah
kalau nak diikutkan, rasa macam awal jek kakak nak p school.. tapi takpe.. pendedahan jugak untuk dia.. kesian kat dia dah 2 minggu kelas bermula x dapat2 lagi beg sekolah.. sampai terngigau2 dalam mimpi.. nak beg tarik.. sbb semua kengkawan dia pakai beg tarik... ye la.. kalau kita waktu zaman dia dulu pon.. apa yang kawan ade.. kita pon nak kan.. alhamdulillah dah 2 minggu jugak kakak pakai beg tarik princess kaler pink siap complete ngan stationery semuanya nak theme princess.. fening2!!

citer pasal sekolah plak.. kakak nak enthusiastic nak ke sekolah setiap hari.. dah ade buku untuk pembelajaran.. and the best thing, teacher akan buat 2 way communication dengan parents melalui buku aktiviti murid dengan catatan apa yang murid pelajari pada hari tersebut..

at least as a parent, kita tau la kan what happen kat school, ape yang dia belajar and so on..
lagi satu.. kat school farah belajar menggunakan sistem fonetik.. iaitu belajar suku kata.. bukan mengenal huruf.. objektifnya untuk murid2 cepat membaca dan secara tak langsung mereka akan automatically kenal huruf.. ok .. cukup la dulu pasal kakak yer..

Meh citer pasal budak tenit sorang ni pulak.. minggu pertama awal tahun zahraa dah kena demam (hi fever 38degree & above) selama seminggu dengan ketiadaan daddy yang outstation.. nasib baikla nenek dengan rela hati nak datang teman kami kat sini.. thx mak!! (kasih mak mmg tiada tandingan)

Ibu perasaan, adek ni payah nak demam, tapi sekali kene.. hambik.. sampai prolong 7 hari tu.. rupa2nya.. baik demam nak pandai bermacam2 rupanya.. bukan sesuatu! sekarang nie kan.. aduiii la.. mmg tak boleh letak kat bawah (lantai) hujung ke hujung adek tawaf! yang paling syioknya.. kalo kita tinggalkan dia kat hall.. dia dah tau mane nak cari ibu.. japgi kang nampak terkedek2 merangkak terus ke dapo.. asal hilang jek.. tau la mesti dia kat dapo.. nak cari ibu la tu! adek.. adekkk....

skang ni pulak.. bukan main lagi.. sikit2 berdiri.. mapah kat coffee table la.. kang berdiri mapah kat kusi meja makan plak la.. paling tak tahan tu.. dia berdiri kat tangga, n goyangkan pengadang nak naik tangaa.. dengan harapan bole bukak kot! bijak betul la anak ibu nie..

Zahraa suka senyum tau, tapi bila orang agah dia la.. kalo tak.. muka mmg serius giler.. hahahaha.. alhamdulillah berat badan pon semakin naik.. kalo makan nestum, kakak main2 nak amek dia punya.. habis la kakak kene jerit.. hahahaha.. syiok bila tengok mereka 2 orang bermain.. owhh jgn taktau.. adek palaing suka main kejar2 ngan kakak.. berangan mcm dia beso sgt dah!.. kemain laju lagi nanti dia merangkak kalo kakak kata " kejaarrrr adekk... kejarr diaaa..." hahahaha..

Syok kan kawan2 bila anak makin ramai.. riuh rendah rumah dibuatnya... dengan gelagat & telatah masing2.. time syiok tu mmg la senyum jek.. tapi kalau time masing2 "angin" alamatnya ribut topan la dibuatnya suara ibu ni menjerit... itu la penangan bila punya anak.. turn kita plak merasai apa yang mak kita rasa dulu..

Penah jugak la saya jadik down, bila rase x terurus rumah dan anak2.. tambah lagi sekarang ni pendapatan sampingan dimurahkan rezeki OlehNYA.. penah jugak menangis sorang2.. dan penah jugak tanya dalam diri.. kenapa orang lain boleh jek rumah sentiasa dalam keadaan terurus sedangkan umah kita.. masyaAllah.. pening pala wooo... sekejap kemas.. jap g serak balik... bukan tak rimas tengok.. tapi kudrat sgt terhad nak pastikan setiap masa keadaan rumah tu bersih & teratur.. kadang rasa malu bila adek, ipar duai datang bila umah x 'get ready' lagik.. ermm... baru kita tau... mcm mane la mak kita tak cukup tangan nak urus kan kita adek badik dulu..

Masak?? ikut kerajinan & tahap mood.. kadang balik umah dah flat.. apa lagi.. makanla apa yang ade.. tapi untuk farah mmg wajib makan berat.. dia mesti lapar.. daddy plak tengah dok jaga perut.. so fruits & cereal is menu utama dia.. me?? apa yang boleh la.. as long bukan nasi... adek.. for sure la nestum/bubur dia.. so marila kita lunaskan tanggungjawab dan amanah yang telah diberikan OlehNYA.. yer.. doakan saya semoga tidak lalai ye kawan2!

*bersama amanah yang diutuskan olehNYA

Semoga kedua anakanda saya menjadi manusia yang berguna kepada kami kedua ibu bapanya, agama, bangsa dan negara serta cemerlang di dunia dan di akhirat serta dijauhkan daripada malapetaka dan perkara2 & gejala2 yang tidak diingini dan berikan kesihatan yang berpanjangan dan berkekalan.. amin

Mak,
kamoo la ratu hati saya!
along nak mak tau yang along akan sentiasa sayang mak tak kira mak sihat mahupun sakit.. mak berdaya mahupun tidak..
Ya Allah Kau lindungilah dan panjangkan lah usia kedua ibubapaku, perkenanlah doa-doa mereka, serta Kau gandakan kesihatan tubuh badan mereka Ya Allah.. amin ya rabb!

Luvs,
~Ibu Farah & Zahraa~

Tuesday, November 16, 2010

::Rentetan Apa Ni & SELAMAT HARI RAYA QURBAN::

Salam semua..

Alhamdullilah.. masalah berlalu.. terima kasih atas suggestion korang semua ye.. akhirnya dapat taska kat Kementerian saya..

Syukur.. RM20 sehari/orang.. ok la kan.. boleh jugak saya jengok budak 2 orang tu nanti..

Bukan ibu takmo amek cuti, sbb bulan depan nak amek cuti banyak.. adek ipar nak melangsungkan hari perkhawinannya.. for sure as a family members kita kena la ada before, during n after majlis kan..

Syukran Ya Allah.. memberi jawapan ke atas kesulitan ku..
Hopefully 2 beradik ni enjoy la menumpang kat "rumah orang.." hehehe

p/s: I'll love both of u forever sayang! muahhhh~

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILADHA BUAT SEMUA MASYARAKAT ISLAM DI SELURUH DUNIA!

Luvs,
~Ibu~

Thursday, November 11, 2010

::Apa Ni::

Korang, cenna ni weii..
cuti raya aji NURSERY TUTUP dari rabu sampai Ahad!!
Adoiii.. cenna ni.. saya & hubby kije hari KHAMIS & JUMAAT..

anak2 cenna~ ishhhhh

Luvs,
~ayu@rshad~

Monday, November 8, 2010

::Zoo Negara part 2::

Sambungan cerita di Zoo Negara..

Kami bergerak ke zoo dalam pukul 9.30pagi, setelah bertungkus lumus menyiapkan 2 jenis sandwich untuk di bawa sebagai kudap2an ketika penat berjalan nanti dan juga berperang dengan anak² nak siapkan diri, dengan bergaduh nak pilih t-shirt 'pilihan hati' nya.. al-maklum la kan.. dah beso.. sib bek adek ikut jek kata ibu.. tak baik lawan ckp ibu tau.. hep!

ok jgn dok merapik.. jom kite cerita, betapa excitednya kakak farah dapat menjejakkan kaki melihat binatang² di dalam bukunya di alam yang nyata.. betapa tekunnya dia melihat ciptaan yang 'begitu besar' di mata kecil itu.. betapa taksubnya dia bila melihat binatang² tersebut bergerak ke sana sini dan sesekali mengeluarkan 'suara' seolah² menyambut kedatangan kakak ke kediaman mereka... jom saksikan aktiviti seharian keluarga Mr. zack di Zoo Negara..

mr. Zack & the eldest

gambar wajib yer!

Haa.. Baru complete *One Happy Family*

Adek in her good mood~
Kakak yang teruja melihat monyet bergayut!
tengok saja wajahnya! betapa teruja kan?!
poney
tak takut langsung ok..
yang buat ibu terkejut tu, dia boleh kiss kat muka poney nie.. OMG my angel~ so brave of u!
tengok tu.. selamba jek dia..
kakak farah bagi anak lembu makan
then anak kambing pulak
sambil2 ibu bergambar dengan zahraa sementara menunggu kakak habis menyuap makanan utk anak2 angkatnya.. hahaha
nampak tak.. ternganga mulut dia jerit, sebab rabbit respon kat carrot dia..
ni anak rusa nani, baru kembang ekor~
nama hyppo ni ~CHOMBEE~
takut tengok gg dia
teruja lagi.. sampai panjat pengadang tuh! scary plak ibu tengok tau!!
waktu ni tgk persembahan anjing laut.. bersesak2 sampai daddy dukung dia..

tak sabar nak ke tempat lain pulak~
sampai jek kat tempat seladang kakak jerit.. "ibu buffalooo~" hahaha adek badik la kan.. walhal ox!
eceehhh.. mcm faham jek tgk map tu sayang oii~
kakak penat la ibu.. rest jap jom.. sambil makan sandwich ibu
ohh adek.. nape ejek aunty/uncle ni.. tak baik tau!!
mood masih ok lagi!
Beruang/Bear
kambing
flamingo
sweet of u darlings~ muahhh
waktu ni kakak bagi arahan kat tram yang lalu.. dia kata"jalan.. jalannn.." sila lihat action tgn nya yer~
zebra
orang utan
cuba teka.. tempat apakah ini?? sungguh tertarik dengan warnanya..
sempat pulak nak berkenalan tu

cougar
daddy vs farah
ketika sesat mencari location kandang harimau.. maka 'tourist guide' memainkan peranan nya..
haiii auntiess~ comel tak saya pakai topi mcm ibu??
~berdua~

yang di tunggu ~ TIGER
ngaummmm~ yang lawaknya waktu ni kan.. kitorang take a nap jap utk tukar diapers adek.. belom sampai pon lagi kat kandang rimau ni.. suddenly dengar la rimau ni ngaummm.. tak semena2 farah terus berdiri drp kerusi sambil cakap "ibu, cepat laaa.. tiger da panggil kakak tu!!" boleh??
lion yang malas
sleeping beauty
deer
juga yang menjadi fav kakak ~ mr. elephant!! lama tau dia lepak kat sini!
amek kesempatan
abadikan kenangan
last but not least ~ miss girafe
bersama anak gajah biru~ huaahahahaha

memang seronok pengalaman pergi ke zoo membawa anak yang baru nak mengenali dunia haiwan.. keterujaan dia juga membuat kita sama teruja.. teruja untuk memberikan penjelasan, bunyi binatang tersebut, apa yang binatang tersebut makan, bahaya atau tidak untuk kita dekati.. kanak² memang enjoy bila belajar sesuatu yang baru, so do my farah, the big sista~
bagi kawan2 yang belum bawa anak² ke zoo, saya syorkan untuk ke tempat ini, selain daripada menambah ilmu pengetahuan, kenangan yang dibawa pulang is soooo priceless to them.. believe me! sampai hari ni kakak farah masih bercerita tentang haiwan² yang dilihatnya.. tak rugi geng... jom cuti-cuti dalam MALAYSIA!

P/S: Lepas ni nak kemana pulak yer.. last month pegi aquaria, KLCC tak amek gambar pon.. sayang..
(kakak farah teruja tengok SHARK tau.. ibu plak teruja tengok NEMO yang comel & colourful!


Luvs,
~ayu@rshad~